Monday, March 9, 2009

PPSMI....apa nak buat Hisham ooi!!

Ikhsan dari Tinta Merah........(Dah lama tak update blog aku ni...rasa nak jadi blogger politik plak..hehehehe)Sekitar Himpunan Perarakan PPSMISAYA baru menerima kiriman foto dari di sekitar himpunan perarakan menyerah memorandum membantah PPSMI kepada Yang di-Pertuan Agong oleh lebih 10,000 rakyat yang prihatin yang terhadap Bahasa Melayu semalam. Perarakan itu digerakan oleh GMP yang diketuai oleh Dr Hassan Ahmad.Gambar-gambar yang dirakamkan oleh jurufoto Siasah Zamzarina ini sewaktu himpunan bermula dan perarakan bergerak. Gambar-gambar yang brutal, di mana rakyat disembur dan ditembak dengan gas pemedih mata tidak terakam oleh jurugambar wanita ini. Beliau sendiri tidak dapat menahan semburan gas pemedih mata dan menyebabkan terpaksa melarikan diri dari terus terperangkap dalam perang asap petang semalam. Terima kasih kepada Zam.
Presiden Pas, Abdul Hadi, timbalannya, Nasharuddin Mat Isa, A Samad Said dan
lain-lain mengepalai perarakan menuju ke Istana Negara.
Dr Hassan Ahmad bersama AJK GMP memberi penerangan
sebelum perarakan bermula.
Perakan bermula gerembolan rakyat bersemangat menuju ke
Istana Negara sebelum dihalang dengan gas pemedih mata.

Memperjuangkan martabat bahasa Melayu hak semua rakyat
tanpa mengira kedudukan dan gender.

Hidup Bahasa Melayu... Hidup Bahasa Melayu!
Kaum wanita dan kanak-kanak turut sama
hadir untuk untuk mempertahankan kedaulatan
bahasa ibunda mereka.
Suasana tenang dihadapan masjid negara sebelum perarakan bermula kemudian menjadi kelam kabut selepas polis bertindak menghalang perarakan.[wm.kl. 12:00 t/hari 08/03/09]
Posted by mso.im at
Labels:

Leraian Ahad
Menanti suara Mahathir tentang PPSMIRASANYA tidak adil dan kurang tepat kalau dihemburkan kemarahan seluruhnya kepada Hishamuddin Hussein berhubung pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matemetik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Beliau bukannya orang yang mengagas ataupun menetaskan idea drastik itu yang perlu menerima risiko atas kepincangan sistem pendidikan negara kini.Semua orang kenal dan tahu sejauh mana kepala Hishamuddin dan juga kehebatannya sebagai seorang jemaah menteri. Dia tidak mewarisi keberanian datuknya, Onn Jaaffar melainkan berkebetulan lahir dengan meminjam sedikit genetik Onn Jaaffar saja.Kalau Hishamuddin seorang jantan tulen dia tidak akan memohon maaf kepada masyarakat Cina, MCA dan Gerakan gara-gara dia dimarahi kerana menghunus dan mencium keris. Tetapi kerana tidak tahan dibelasah dan dipersalahan atas perbuatan itu akhirnya Hishamuddin memohon maaf kepada orang-orang Cina. Hanya lelaki yang dayus saja sedia memohon maaf atas yang dilakukan itu diterima benar dan betul oleh umum.Perbuatan itu menjelaskan sejauh manakah kekuatan jiwanya. Sejauh manakah sifat-sifatnya sebagai seorang pemimpin yang ada bertenggek di dalam dirinya. Justeru telatah itu menjelaskan kepada umum sejauh manakah pula peranan dan kebertanggungjawaban beliau berhubung PPSMI yang sedang dikecam dan diserang kini.Sebagai seorang pemimpin dan bergelar menteri Hishamudin tidak ada apa-apa perasaan pun terhadap apa yang dikehendak orang Melayu kini. Nafsunya terhadap bahasa Melayu sudah impotent. Sebab itu beliau tidak peduli kepada tuntutan dan bantahan rakyat kepada PPSMI. Di sinilah lemah dan rendahnya mutu dan kualiti Hishamuddin selaku seorang pemimpin.Ini menyebabkan beliau tidak layak pun menjadi pemimpin, apa lagi hendak mewakili generasi Melayu sebagai Ketua Pemuda Umno. Beliau tidak mampu bercakap menggunakan lidah Melayu. Saya yakin Hishamuddin juga tidak tahu langsung apa itu akal budi Melayu, apa itu tradisi Melayu, apa itu adat istiadat Melayu dan apa itu maruah Melayu. Jiwanya juga kosong dan tidak ada setitik pun rasa bangga dengan Melayu.Kalau benih-benih itu ada tersemai pasti dia akan terasa bersalah dengan apa yang berlaku kini. Pasti dia akan memberi respon baik terhadap bantahan ke atas PPSMI. Namun disebabkan beliau tidak memiliki jiwa Melayu, maka terjadilah apa yang sedang bergelora dan menimbulkan masalah kini.Mengenangkan Hishamudin, saya teringat kepada luahan Ainon Mohd, salah seorang ahlijawatankuasa GMP, katanya anak-anak bangsawan tidak layak menjadi Menteri Pelajaran sebab mereka tidak tahu apa-apa mengenai bahsa Melayu. Mereka juga tidak pernah belajar di tanah air tetapi membesar dan belajar di barat. "Jadi bagaimana mereka boleh jadi menteri Pelajaran,?" soal Ainon ketika GMP ke Parlimen untuk menyerahakan bantahan kepada menteri, ahli Parlimen. Katanya, MSO boleh quote kata-kata saya ini.Lama sebelum ini pun saya sudah menyebut dan menulis, anak-anak bangsawan tidak layak dan sesuai untuk diangkat menjadi pemimpin. Alasan saya ringkas saja bagaimana mereka hendak memperjuangkan keperihan dan penderitaan rakyat sedangkan mereka sendiri tidak tahu apa itu keperihan, kepedihan dan kemiskinan.Macam mana mereka hendak memperjuangkan nasib rakyat marhaen sedangkan mereka tidak pernah merasai dan mengecapi penderitaan dan kemiskinan itu. Anak-anak bangasawan seperti Hishamuddin, Najib Razak dan lain-lain membesar dalam istana yang kaki mereka tidak pernah tersepak tahi lembu, tubuh mereka tidak pernah dihinggap lalat dan digigit nyamuk. Mereka tidak pernah berkubang dalam selut. Bahkan tapak kasut merekas juga tidak aus kerena ke mana mereka pergi mereka akan dibawa dengan tandu oleh rakyat.Jadi macam mana mereka akan arif erti kemiskinan, kesusahan rakyat. Kalau setakat membaca dan mendengar cerita-cerita mengenai penderitaan rakyat, membaca novel Ranjau Sepanjang Jalan dan lain-lain pengetahuan mereka mengenai kesusahan dan kemiskinan rakyat belum cukup. Seseorang yang tidak merasai sesuatu itu bagaimana mereka hendak bercakap mengenainya?Benarlah, misalnya isu PPSMI, murid yang menghadapi masalah dengan polisi ini ialah rakyat di luar bandar. Yang tercecer keputusan pelajaran ialah murid miskin. Yang rendah peratus kelulusannya dalam dua mata pelajaran ini rakyat di pedalaman. Ia tidak menjadi masalah kepada murid di bandar, atau golongan bagsawan seperti Hishamuddin Hussein atau anak-anak yang tinggal dibanglow atau istana.PPSMI bukan saja memberi masalah dalam aspek itu tetapi aspek-aspek lain. Pendeknya ia banyak merugikan daripada menguntungkan.Justeru para perwakilan Umno hendaklah ingat dan mengerti soal ini. Pilihlah pemimpin yang boleh dipercayai dan tahu akan denyut nadi rakyat. Jangan dipilih berladaskan siapa pandai bercakap, siapa dapat memberi projek tetapi pilihlah yang ada kualiti sebagai pemimpin dan juga beriman. Waktu dan masa anak-anak bangsawan untuk terus mengutip hasil bakul sudah cukup. Mereka sudah kaya raya dan boleh hidup untuk 100 keturunan.Dan jangan lupa kalangan pemuda kalau nak pilih pemimpin pilihlah anak muda yang berani, berfikiran terbuka dan yang sedia menghadapi apa saja cabaran. Yang tidak takut untuk berhadapan dengan sesiapa saja atas prinsip kebenaran. Mereka yang cuba mencari jalan selamat dengan menutup mulut untuk tidak dilihat buat kesilapan baik dilupakan saja. Pemuda seperti itu pastikan akan mempusakai kelesuan Hishamuddin.Berbalik kepada persoaalan asal, Hishamuddin tidak perlu dimarahi dalam soal ini. Dia hanya mengikut saja apa yang disuruh olehnya. Dengan kapastiti dirinya sebegitu kita tahu dia hanyalah boy kepada Perdana Menteri sahaja. Apa yang PM suruh dia akan buat tanpa bantahan apa-apa. Di sinilah bahaya kalau orang tidak berapa cerdik, lemah pemikiran, gelap dalam segala-galanya diambil menjadi menteri atas alasan dia adalah anak kepada bekas PM cucu kepada bekas pengasas Umno.Bagi saya, yang salah di sinilah ialah PM ketika itu yang membuat dasar ini. Mahathir, Mahathirlah yang bersalah dan perlu kena bertanggungjawab. Walaupun beliau telah melepaskan jawatan PM lebih lima tahun beliau kena bertanggungjawab. Kalau Mahathir seorang insan dia harus merasa bersalah atas apa yang berlaku.Perarakan semalam yang membawa sekeping kertas berupa memorandum untuk diserahkan kepada Yang di-Pertua Agong seharusnya dilihat dengan rasa pilu dan sedih oleh Mahathir. Kalau beliau seorang negarawan beliau perlu merasa bersalah dan harus melakukan sesuatu. Mahathir tidak boleh melepas tangannya begitu saja selepas menembak mati Bahasa Melayu.Orang yang memunggut jenazah Bahasa Melayu, iaitu Hishamuddin tidak boleh dipersalahnkan. Dia hanya budak suruhan yang martabatnya atas sikit daripada sang 'behuud'!Apa yang kita nanti kini suara dan komen Mahathir mengenai PPSMI dalam blognya. [wm.kl. 10:30 am 08/03/09]
Posted by mso.im at 10:57:00 AM 0 comments
Labels:
Saturday, March 7, 2009

Lepas Sebak
Apa nak jadi dengan negaraku?Hendak Jumpa Raja Pun Dihalang!APA nak jadi dengan Malaysia? Kebebasan sudah tidak ada lagi. Suara rakyat sudah dipancung. Rakyat boleh bersuara jika ada permit. Percakapan rakyat perlu dijaga dan dikawal oleh undang-undang. Kehidupan rakyat seolah-olah berada dalam kawalan rejim komunis.Apa-apa kegiatan perlu dikawal atas nama keselamatan! Walhal keselamatan yang dijaminkan itu bukan untuk keamanan, tetapi membuka ruang kepada satu mala petaka. Atas nama keselamatan jiwa dan kalbu rakyat terus sakit dan marah. Marah...Rakyat hendaklah dibisukan dari bercakap mengenai apa saja. Apa-apa cakap yang tidak senada dengan kerajaan, akan disekat dan dihalang dan dianggap sebagai menghasut yang boleh didakwa di bawah akta Hasutan 1948. Atau kalau perlu kepada yang keras dan degil di penjara di bawah ISA.Cakap-cakap mestilah senada dengan kerajaan dan yang baiknya membodek kerajaan. Jadi cina buta kepada kerajaan. Dalam masa sama kerajaan melaungkan kebebasan, melaungkan keadilan dan melaungkan ketelusan. Hakikinya kebebasan sudah mati, keadilan sudah lama pincang dan ketelusan sudah lama ditambak dengan kuasa yang ada; polis, mahkamah dan kemudian penjara. Pintu penjara negara ini tidak pernah terkatup melainkan senantiasa dingangakan seluasnya.Jangan cakap mengenai apa-apa pun. Diam atau gamkan mulut! Kerajaan sedang mengajar rakyat menjadi beruk yang bisu yang tertenggek atas dahan mati yang hanya perlu merasa seronok bila tuan menghulurkan pisang separuh masak. Kemudian beruk perlulah menghingguk-hingguK batang pokok menandakan terima kasih kepada penghulur pisang separuh masa itu. Jangan tungging jubur nanti ditembak. Inilah negaraku Malaysia di bawah kerajaan Umno Barisan Nasional (UBN).Apa yang berlaku hari ini adalah konklusi ke atas segala kekejaman kerajaan. Manusia dari benua mana pun kalau melihat apa yang berlaku hari ini akan terkejut dan hairan. Masakan rakyat tidak boleh menemui rajanya untuk menyampaikan bantahan jiwanya yang bimbang mengenai masa depan anak bangsanya sendiri. Bukankah itu gila namanya kalau bukan babuk?Kalau rakyat berhimpun hendak memaki hamun raja-raja dan sultan ada ‘kulihah’nya kalau mereka dihalang, disekat kemudian ditembak dengan gas pemedih mata. Hatta kalau guna peluru hidup pun tidak mengapa. Tembaklah anasir yang merosak negara, boleh dibenarkan dan seluruh rakyat akan memuji dan memuja kerajaan.Misalnya kalau rakyat berhimpun hendak runtuhkan istana, tembaklah mereka, bomlah macam Israel bom rakyat Palestin biar hancur kepala dan terburai tali perut mereka. Tidak mengapa itu wajar sebab mereka pengkhianat. Di mana-mana dan sesiapa saja pengkhianat perlu ditembak sampai mampus tanpa mengira darjat, keturunan dan kedudukan mereka.Kalau mereka berarak hendak robohkan Parlimen, lambang keunggulan institusi demokrasi negara ini, tak mengapa, halang dan sekatlah mereka. Kalau perlu tembak mereka, tembak dan pancunglah kepala mereka sekali. Usahkan air gatal (water cannon) atau gas pemedih mata, hatta C4 yang digunakan untuk meletupkan Altantuya Shariibuu pun halal digunakan. Bunuhlah...Tetapi hari ini rakyat berhimpun hendak menyerahkan sekeping kertas kepada rajanya – Yang di-Pertuan Agong, apakah itu perbuatan salah? Salahkah? Apakah itu satu dosa dan satu penderhakaan? Puluhan ribu yang berarak ke istana hari ini kerana ingin membela bahasa mereka, Bahasa Melayu. BAHASA MELAYU?Mereka bukan berarak untuk membela bahasa penjajah, tetapi berarak untuk membela bahasa mereka, bahasa Melayu. Mereka melakukan tugas dan tanggungjawab mereka kepada rakyat. Mereka buat untuk kebaikan bangsa Melayu dan juga negara ini bukan untuk kepentingan sesiapa atau mana-mana golongan. Manfaat yang diperjuangkan itu untuk kepentingan bersama.Kenapa harus dicurigai niat suci mereka. Kenapa tidak reti membaca hati putih rakyat? Perarakan hari ini bukan bermotif politik. Apakah pihak kerajaan, penguasa buta mata hati dan suduh tertutup sanubari mereka. Begitu mudah pihak polis membuat andaian kononnya ianya didalang parti politik. Kenalkah mereka kepada Dr Hassan Ahmad, A Samad Said, Ainon Mohamad, Dr Hassan Mohamad, Dr Shahrir Md Zain, Baha Zain dan lain-lain. Mereka bukan aktivis politik, mereka adalah pencinta dan pejuang sastera dan bahasa.Kenapa kerja suci mereka diragui? Kenapa? Apakah perbuatan mereka itu salah? Apakah di zaman ini rakyat tidak lagi boleh mengadu hal-hal masalah kepada raja-raja mereka. Apakah raja-raja hak sesuatu golongan saja? Atau raja-raja hanya sedia mendengar dari golongan tertentu yang boleh memberi apa-apa nafkah untuk kehidupan mereka saja. Begitukah? Dan bukankah sokongan rakyat jelata adalah jaminan keunggulan institusi raja dan keselamatan keturunan mereka?Seharusnya tidak ada sekatan dan halangan ke atas perarakan membawa memorandum untuk menghapuskan PPSMI itu. Mereka perlu diberi jalan seluasnya. Mereka bukan perlu dinanti dan dihalang dengan gas pemedih mata, gari, belantan atau kamera tetapi mereka perlu diiringi dan dikawal daripada pengacau lain. Itu sepatutnya.Pembawa memorandum itu adalah mereka yang suci dan bersih. Tangan mereka putih daripada rasuah dan gila kuasa politik atau membunuh manusia lain. Mereka tidak ada apa-apa ambisi untuk berkuasa. Mereka membawa sekeping hati rakyat Melayu untuk ditunjukkan kepada raja mereka, betapa remuk, bera dan birunya hati rakyat kerana bahasa mereka diinjak-injakkan. Yang membuka kaki menginjanya orang yang mengaku Melayu juga. Jadi salahkah? Salahkah? Salahhhhhhhkah?Kepada para penembak tepat dalam pasukan polis, FRU, SB dan segala macam, apakah mereka sedar apa yang GMP lakukan itu untuk siapa? Untuk mereka, anak-anak mereka juga. Mungkin mereka boleh beralasan kerana itu arahan ketua mereka. Siapa ketua mereka? Apakah ketua mereka juga tidak ada akal budi dan akal fikir bagi menilai apa yang GMP lakukan itu.Semuanya kini sudah jadi haru biru dan tidak tahu hujung pangkal. Kedudukan rakyat pun cuba dipisahkan dari raja dan istana. Atas nama nak menjaga kemuliaan raja tetapi mereka menyimpan motif untuk menjauhkan rakyat dengan rakyat. Mereka mahu memonopolikan raja sebagai hak mereka saja.Yang salah di sini bukan raja. Tetapi para pengawal raja yang zalimnya. Para penasihat yang ada kepentingan. Raja sebagai raja berperlembagaan mengikut saja lembaga yang menentukan gerak geri mereka. Bagaimana pun diharap raja sesekali perlu menjenguk jendela untuk menghirup udara di luar dan melihat realiti yang riuh randah di luar istana.Namun kita percaya keadaannya tidak seperti itu. Kini memorandum PPSMI itu sudah pun ditangan Yang di-Pertuan Agong ia diserahkan oleh A Samad Said dan Dr Hassan Ahmad. Kita berharap baginda akan meneliti dan menatapnya dengan penuh prihatin, insaf dan sedia menimbangkan.Suara Perdana Menteri dikejauhan kedengaran hari ini juga satu perkembangan yang baik. Kata Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yang hendak bersara esok lusa itu, masalah PPSMI perlu ditangani dengan segera kerana ia semakin mendapat tekanan. Kata Abdullah kalau ia tidak ditangani segera ia akan menjadi masalah besar. Jadi, tunggu apa lagi?Hairan, apakah perdana menteri itu sudah tidak ada kuasa lagi? Atau kuasanya telah dirampas oleh timbalannya? Kalaulah beliau serius dan ikhlas kenapa beliau tidak arahkan hari ini juga Menteri Pelajaran, Hishmuddin Hussein agar memansuhkan PSPMI? Kenapa harus bermadah helah lagi. Atau suara perdana menteri itu sebagai hendak memujuk dan menyejukkan hati para pejuang bahasa dan sastera saja. Sesungguhnya Abdullah perlu menyengolahkan semula Hishamuddin.Perarakan hari ini tidak akan menjadi kalau perdana menteri prihatin dan peka, dan tidak pekak. Wang kerajaan yang digunakan untuk membeli gas pemedih mata boleh diselamatkan. Wang petrol atau diesel trak dan kereta peronda polis dan helikopter boleh diselamatkan. Rakyat juga tidak berpedih mata dan pegap-pegap urat kerana lari menyelamatkan diri semasa perarakan tadi. Keadaan negara juga tidak menggambarkan seperti huru hara yang menakutkan pelabur.Namun kerana PM kurang cerdik, lambat bertindak, teragak-agak, berfikir terlalu panjang, lembab dan lemah maka jadikan apa yang sudah terjadi. Apakah makna seorang PM mengatakan ia perlu diselesaikan segera? Dalam konteks hari ini ialah mengarahkan supaya PPSMI dimansuhkan. Dan bila PM tidak dapat bertindak maka ia menggambarkan seolah kuasanya sudah tidak ada.Untuk apa Abdullah bersuara menyatakan masalah itu kalau ia sudah kehilangan kuasa sebelum jawatannya terlepas? Kalau hanya setakat bermadah untuk menarik simpati dan memberi keseronokan kepada rakyat tidak payahlah. Rakyat tidak lagi mengharap apa-apa harapan kepada Abdullah. Rakyat tidak lagi menaruh apa-apa keyakinan kepada Abdullah. Rakyat semuanya sudah cemuh dan menganggap Abdullah kini sedang persis koma sebelum jasadnya dibawa ke kuburan untuk ditalqinkan Najib.Tahniah dan syabas kepada semua rakyat yang berarak hari ini. Yakin dan percayalah penderitaan yang dikecapi hari ini adalah penawar dan peristiwa yang akan menjadi manis selepas ini. Dan parut yang berbekas hari ini adalah bukti kepada anak bangsa bahawa kita adalah seorang pejuang. [***kl 7:00 malam 07/03/09]
Posted by mso.im

Laporan Langsung PPSMI ke Istana
Perarakan Sudah Mula Bergerak4:45 Para himpunan berkumpulan semula di pekarangan masjid negara selepas masing-masing bercemperaian lari setelah ditembak dengan gas pemedih mata. Berhampiran masjid negara sebuah kereta polis dipecahkan cermin bahagian belakang. Himpunan dilaporkan selesai kira-kira jam 5:00 petang.3: 08 lapor Hamdan, polis juga telah membenarkan empat orang anggota GMP, Hasni Abbas, Ainon Mohd, Dr Zhahrir Md Zain dan seorang lagi untuk memasuki ke Istana bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Bagaimana pun sebagai keempat mereka ingin memasuki ke Istana mereka disekat atas alasan Sasterawan Negara, A Samad Said dikatakan telah pun memasuki ke Istana untuk menyerahkan memorandum. Keempat mereka sudah berpatah balik manakala orang ramai sedang menunggu perkembangan selanjutnya.Di hadapan pintu pagar Istana para wartawan dan jurugambar masih menunggu, menanti A Samad Said selesai menyerahkan memorandum berkenaan.3:05 pm FRU mengawal ketat Istana Negara di semua arah. Sekumpulan himpunan masih terkandas di bawah jambatan menuju ke Istana Negara gagal untuk merempuh halangan polis. Polis juga terus melepaskan tembakan gas pemedih mata bagi menghuraikan kelompok-kelompok kecil orang ramai yang ingin bersatu semuala untuk meneruskan perarakan.Setakat ini, lapor Hamdan seorang ahli, anggota Unit Amal telah ditangakap di hadapan pintuk besar Istana Negara.2:30 pm Polis sudah mula bertindak ke atas perarakan himpunan dengan melepaskan gas pemedih mata ketika himpunan menghala dari persimpangan ke Pasar Seni hendak menuju ke istana negara. Para himpunan kini berpecah dan berselerakan masing-masing menyelamatkan diri. FRU membena halangan bagi menyekatkan para himpunan menuju ke istana negara.
Pengerusi GMP, Dr Hassan Ahmad dihalang sewaktu di masjid negara lagi. Walaupun anggota himpunan berbincang dengan pihak polis namun Hassan tidak dibenarkan berarak ke istana.
Tindakan melepaskan gas pemedihan mata lebih 10 das itu bagi menyuraikan para himpunan daripada meneruskan hasrat mereka berhimpun di hadapan istana.PERARAKAN membawa memorandum untuk mempertahankan Bahasa Melayu ke Istana Negara sudah pun bermula. Kini lebih 5,000 bersiap sedia untuk membuka langkah menuju ke istana. Orang ramai berhimpun di perkarangan masjid negara sejak tengah hari tadi.Walaupun keadaan di masjid negara dikawal rapi oleh polis, namun ia tidak menakutkan orang ramai untuk menghampiri rumah Allah itu bagi menyatukan diri untuk bergerak ke istana negara.Buat masa ini polis tidak melakukan apa-apa tindakan ke atas para himpunan selain daripada memantau. Di beberapa tempat yang menjadi destinasi himpunan di Sogo dan Pusat Seni juga kedapatan kenderaan polis.Perarakan sudah mula bergerak.... [mn.kl 2:00 07/03/09]

Sunday, March 16, 2008

PRU12


Hai, salam demokrasi tulen di Malaysia